PERHATIAN! Laman web ini dihoskan pada pelayan EthicsPoint yang selamat dan bukan sebahagian daripada laman web atau intranet GXO.
Susulan kepada sesuatu Laporan Tata Etika Perniagaan

Failkan Laporan Baharu

EthicsPoint BUKAN 911 atau Perkhidmatan Kecemasan:
Jangan gunakan laman ini untuk melaporkan kejadian yang menimbulkan ancaman serta-merta kepada nyawa atau harta. Laporan yang diserahkan melalui perkhidmatan ini mungkin tidak menerima respons yang serta-merta. Jika anda memerlukan bantuan kecemasan, sila hubungi pihak berkuasa tempatan anda.

Komitmen Kami

Selamat datang ke laman pelaporan etika dan pematuhan GXO. Kami telah membina reputasi dan kejayaan berdasarkan pada kejujuran, integriti dan keadilan. Kami mempunyai komitmen yang berdiri-teguh untuk mematuhi undang-undang di mana sahaja kami beroperasi dan menjalankan perniagaan dengan standard beretika yang paling tinggi. Ia penting supaya perniagaan kami dijalankan mengikut standard ini, sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan dalam Tata Etika Perniagaan kami dan nilai teras kami. Dengan cara ini, kita boleh mengekalkan reputasi yang baik dan kepercayaan serta keyakinan daripada para pekerja kita, bersama mereka yang kita menjalankan perniagaan, pemegang saham kita dan orang awam. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat ialah dengan mendukung standard ini, kami menggalakkan pekerja untuk melaporkan sebarang pelanggaran Tata Etika Perniagaan atau aduan atau kebimbangan lain mengenai isu etika. Laman web ini salah satu daripada beberapa pilihan pelaporan yang dinyatakan dalam Tata Etika Perniagaan. Lain-lain yang termasuk membangkitkan kebimbangan dengan penyelia atau pengurus anda, menghubungi jabatan sumber manusia atau undang-undang anda, menghubungi pejabat pematuhan, menghantar e-mel ke ethics@gxo.com atau membuat panggilan ke talian penting etika di nombor, untuk negara anda, disenaraikan di laman web ini. Ia penting kepada syarikat supaya anda melaporkan sebarang kebimbangan dan anda merasa selesa dengan prosesnya. Anda boleh memilih untuk melaporkan secara tanpa nama, tetapi sila ingat bahawa memilih untuk melaporkan secara tanpa nama boleh mengehadkan kebolehan syarikat untuk memberikan respons pada kebimbangan anda secara komprehensif. Yakinlah bahawa kami tidak bertoleransi dengan tindakan balas terhadap sesiapa kerana melaporkan sebarang kebimbangan dengan niat yang baik.

Terima kasih kerana melaporkan kebimbangan anda dan atas komitmen berterusan anda kepada nilai teras kami dan untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang betul.